Siakap Keli
tumbuhan pewarna semulajadi
Kredit: Google

Tak Sangka, 8 Tumbuhan Ini Boleh Dijadikan Pewarna Makanan, Lebih Sihat & Selamat

Kalau perhatikan, kebiasaan ‘orang-orang lama’ sangat menjaga kesihatan dan pemakanan mereka. Hasilnya, ada yang sudah berumur hampir 100 tahun pun masih mampu berjalan sendiri tanpa sebarang bantuan.

Banyak penyakit berpunca daripada apa yang kita makan. Oleh itu, penjagaan diet dan pemakanan amatlah penting bagi memastikan kesihatan terjamin dalam jangka masa panjang.

Salah satu cara untuk menjaga pemakanan ialah dengan mengelakkan atau mengurangkan makanan berproses. Sebaliknya, gunakan bahan semula jadi untuk menghasilkan sesuatu makanan yang lebih sihat dan berkhasiat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pewarna makanan semulajadi, apa kata kita baca perkongsian oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia ini.

Jom baca.

Ada apa dengan Pewarna Makanan Semulajadi?

Tahukah?Anda boleh menambah warna dalam masakan atau adunan anda menggunakan bahan-bahan semulajadi?

Orang-orang pada zaman dahulu menggunakan bahan semulajadi dalam masakan mereka tanpa mengetahui bahawa bahan tersebut bukan sahaja selamat malah kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan badan.

Contohnya penggunaan bunga telang untuk memberikan warna biru kepada nasi kerabu, warna kuning daripada kunyit untuk memberikan warna keemasan kepada pulut kuning dan warna hijau daripada pandan dalam penyediaan kuih muih.

Warna-warna ini terhasil daripada pigmen tumbuh-tumbuhan seperti flavonoid, karotenoid, klorofil dan betalain yang mana memberikan pelbagai manfaat kesihatan termasuklah antioksidan yang mana membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

Flavonoid mempunyai beberapa kategori yang memberikan warna kuning, merah, biru dan ungu. Kumpulan ini dikenali dengan manfaat antioksidan yang sangat banyak.

Karotenoid pula menghasilkan warna seperti kuning, oren, dan juga merah! Ia merupakan antioksidan yang bertindak mengurangkan risiko penyakit berkaitan mata dan juga kanser.

Klorofil tentunya memberikan warna hijau. Ia kaya dengan manfaat seperti menyihatkan kulit, mengurangkan bau badan dan anti kanser.

Betalain memberikan warna merah, ungu kuning serta oren. Ia merupakan unsur yang memberikan warna merah kepada ubi bit! Ia bertindak sebagai anti-radang dan juga antioksidan.

Jadi, apa tunggu lagi? Manfaatkan warna-warna semulajadi ini dalam hidangan anda!

tumbuhan pewarna semulajadi
Kredit: Bahagian Pemakanan KKM

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.