Siakap Keli
UMNO keluar Perikatan Nasional PN
Kredit: Bernama

TERKINI: UMNO Buat Keputusan Tak Sertai Perikatan Nasional, Fokus Pemerkasaan Muafakat Nasional- Zahid

Putrajaya, 30 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa UMNO mengambil keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata UMNO akan bekerjasama dengan PAS danĀ  untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN)

“UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN),” katanya.

Ujar beliau, sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional adalah hanya berlandaskan sokongan para perwakilan UMNO dan BN serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

“YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

“Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi,” katanya.

Tambah beliau, jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

“Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara.”

Sumber: Zahid Hamidi

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.