Siakap Keli

Trafik Dilapor Sesak Sepanjang 17.5km Dari Gombak Mengahala ke Genting Sempah

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan keadaan trafik di lebuhraya utara-selatan pada jam 10.44 pagi tadi. Menurut laporan tersebut, trafik dilaporkan sesak sepanjang 17.5km bermula dari Gombak hingga ke Genting Sempah.

Manakala, trafik perlahan dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi serta dari Lentang ke Bentong. Orang ramai sejak semalam, telah memulakan perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada esok hari.

Walaupun gembira dapat pulang ke kampung, jangan dilupa pesan KKM untuk terus patuhi SOP yang ditetapkan. Pakai pelitup muka di tempat awam yang sesak, jaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain.

Negara masih lagi berperang dengan pandemik Covid-19 sehingga hari ini. Semalam, 13 kes positif baharu dicatatkan dan 5 daripadanya adalah kes penularan tempatan.

Sumber: LLM

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)