Siakap Keli
Foto: Farrah Norashikin

(Video) “Aku Takut Mati Tercekik Ja..,” Gelagat Cikgu ‘Berletiaq’ Dalam Kelas Buat Netizen Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Serangan wabak pandemik Covid-19 ini memberikan pengalaman dan cabaran baharu kepada seluruh masyarakat termasuklah bagi golongan pendidik. Mereka bukan sahaja ‘frontliner’ di rumah malah juga di sekolah.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila satu video yang dikongsikan oleh seorang guru Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani, Farrah Norashikin sedang membebel sambil makan membuatkan ramai yang terhibur.

“Bukan merungut.. tapi ini cerita dan situasi sebenar dalam kelas.. Cuma aku takut kalau mati tercekik ja..”

Mungkin ini memori sempena Covid-19. Masa tu lah cikgu nak makan, masa tu juga cikgu nak tengok budak makan. Kalau tak makan tak tau masa mana nak makan bila kelas banyak. Larat nak tengok lauk budak satgi takut terlioq (terliur) pulak meleleh…

Video yang berdurasi 60 saat itu telah mendapat lebih 700 ribu tontonan dan ribuan like serta share. 

Rata-rata orang meninggalkan komen positif dan terhibur dengan gelagat cikgu ini membebel.

 

 

Sumber: Farrah Norashikin Juhari

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang