Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Waspada, Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di 10 Buah Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 10 malam ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 6.30 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 10 malam ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 10 malam ini:

Perlis

Kedah

Pulau Pinang

Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar)

Kelantan

Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun)

Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Pekan dan Rompin)

Johor: (Mersing)

Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan)

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa