Siakap Keli

10 Orang Di India Dilaporkan Maut Selepas Minum “Hand Sanitzer” Untuk Lepas Gian

Gara-gara kedai arak ditutup ketika perintah berkurung, sekurang-kurangnya 10 individu nekad meminum cecair hand sanitizer dipercayai untuk lepas ‘gian’.

Bagaimanapun, tindakan mereka tersebut menemui pengakhiran yang malang apabila kesemuanya dilaporkan meninggal dunia selepas itu.

Peristiwa tragis tersebut dilaporkan berlaku di sebuah perkampungan di Kurichedua, Andhra Pradesh, India baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Siddarth Kaushal berkata, kesemua mangsa dikatakan telah mencampurkan cecair sanitasi berkenaan dengan air biasa dan minuman ringan.

“Mereka yang juga ‘kaki alkohol’ telah mula mengamalkan minuman alkohol campuran itu sejak 10 hari lalu.

“Kami sedang menyiasat sama ada isi kandungan cecair sanitasi itu ada bahan toksik lain ataupun tidak,” katanya kepada pemberita, memetik laporan BBC.

Dalam pada itu, dia menambah, pihaknya telah menghantar sampel cecair tersebut untuk dijalankan analisis kimia.

“Sesetengah orang yang mengalami ketagihan alkohol yang teruk akan menggunakan cara itu untuk mencapai ‘kepuasan’.

“Minuman alkohol kini tidak dijual kerana perintah berkurung, namun hand sanitizer pula agak mudah didapati,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beberapa sektor di India seperti pusat latihan yoga dan gimnasium akan mula dibuka semula  dengan kawalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

India kini mencatatkan kira-kira lebih 1.6 juta kes COVID-19 dengan 55,000 kes jangkitan baharu serta 779 kematian dilaporkan setakat hari ini.

Sumber: BBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.