Siakap Keli
volkswagen kuning
Gambar: Hanif via gtforkim

“Bila Terjaga Betul-betul Volkswagen Kuning Tu Lalu”, Ingatkan Hantu, Lelaki Kongsi Kisah Jumpa Volkswagen Kuning Masa Balik Raya

Siapa tak pernah dengar kisah misteri Volkswagen kuning di lebuhraya pada waktu malam. Kisah seram popular ini sempat dijadikan beberapa filem mistik tempatan yang menceritakan semula pengalaman pengguna jalan raya yang mendakwa pernah bertembung dengan kenderaan itu.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi pengalaman yang hampir serupa ketika dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Negeri Sembilan.

“Kita nak balik raya dia pun nak balik jugak,” tulis Kim di Twitter.

Perkongsian dua keping gambar di belakang sebuah kereta misteri itu menarik perhatian lebih 35 ribu warga maya yang ternanti-nanti perkongsian pengalaman pemuda itu.

Menurutnya, gambar tersebut merupakan milik seorang rakan yang diambil ketika dalam perjalanan pulang ke kampungnya.

Peristiwa itu berlaku sekitar jam 12 hingga 1 malam. Berikut adalah perkongsian rakannya yang bernama Hanif ketika di tempat kejadian.

Tertidur, bila terjaga betul-betul Volkswagen kuning lalu

Menurut Hanif, dia sekeluarga dalam perjalanan untuk pulang ke kampung mereka di Negeri Sembilan menerusi jalan Kuala Klawang. Kerana mengantuk, dia sempat melelapkan mata untuk tidur. Katanya, sebaik sahaja terjaga, kenderaan itu betul-betul sedang melintas kenderaan mereka.

Tengok dari belakang, macam tak ada orang

Lantaran keadaan jalan yang agak gelap, Hanif berkata dia tidak dapat melihat dengan jelas siapa pemandu kereta ‘lagenda’ itu. Sehinggalah kereta mereka menuruni bukit dan memotong Volkswagen kuning itu..

.. rupanya ada seorang pemandu sedang bermain telefon sambil memandu.

Sumber: Hanif via gtforkim

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.