Siakap Keli
Gambar: Princess Far'Sya

Ibu Kongsi Detik Cemas, Dahi Anak ‘Berlubang’ Diserang Beruk Liar & Nyaris Dibawa Lari Masuk Hutan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang kanak-kanak berhadapan detik cemas apabila hampir ‘diculik’ seekor beruk liar di sebuah kebun pada 27 Julai lalu.

Dalam kejadian tersebut, Qistina Adelia yang berusia 3 tahun telah mengikut ibu dan ayahnya ke kebun milik rakan mereka sebelum diserang haiwan berkenaan.

Nasib menyebelahinya apabila haiwan itu melepaskan Qistina setelah dihalau dan dipukul oleh pemilik kebun berkenaan.

Susulan itu, Qistina mengalami kecederaan dan luka pada bahagian muka akibat gigitan beruk tersebut dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.

Detik mencemaskan itu dikongsikan ibunya, Puan Syafina di laman Facebook miliknya beberapa hari lalu.

Kejadian 27.07.2020 jam 7.00 pm. Dalam perjalanan ke kebun kawan papa. Tiba-tiba Qistina Adelia kena serang hendap dengan beruk.

Alhamdulillah papa dan tuan kebun duduk dekat ja dengan Qistina Adelia. Tuan kebun cepat-cepat rembat beruk tu dengan kayu sampai beruk tu lepas Qistina Adelia. Ibu dalam kereta jerit panggil nama sayang.

Dahi berlubang sikit kesan kuku beruk. Hidung terkopek sikit dan darah keluar dari dalam hidung. Kawasan kepala bengkak dan lebam-lebam. Dahi berlubang tu masih keluar darah lagi.

Ngeri depan mata ibu. Ibu ketar badan dah masa tu. Beruk tu macam nak seret/bawa lari Qistina Adelia. Papa cepat-cepat ambil Qistina Adelia bila beruk tu lepas.

Terus bawa ke hospital. Qistina Adelia cakap, “Ibu.. My nose sakit. Monyet gigit.”

Doktor dan staf hospital tanya sakit tak. Qistina jawab monkey gigit. 2 jam duduk hospital. Penat papa nak jawab orang pakat tanya kat hospital.

Doktor cakap Qistina Adelia tak menangis. Semangat kuat. Tapi ibu ja tak kuat. Syukur tak ada yang parah.

Berikutan itu kongsi ibunya, Qistina telah diberi suntikan vaksin bagi mengelakkan kancing gigi selain diberi ubat dan krim antibiotik bagi mengelakkan kuman merebak.

Gambar: Princess Far’Sya
Gambar: Princess Far’Sya
Gambar: Princess Far’Sya
Gambar: Princess Far’Sya

Sumber: Princess Far’Sya

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.