Siakap Keli

Kluster Bukit Tiram: Kes Pertama Di Luar Johor Dikesan, Pesakit Didapati Pernah Menginap Di Rumah Kontak Rapat Positif

PUTRAJAYA, 1 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu (1) kes pertama daripada Kluster Bukit Tiram dikesan di luar Johor.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 1 Ogos hari ini, sebanyak 135 orang telah disaring dan hasil mendapati 10 kes dikesan positif COVID-19, 124 kes negatif dan satu (1) kes masih menunggu keputusan.

“Daripada 10 kes positif, empat (4) orang adalah bukan warganegara Malaysia. Kes positif yang dilaporkan ini (kes ke-8,977) merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,893 dari Johor.

“Melalui siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif yang dijalankan Pusat Kesihatan Daerah, kes positif ke-8,893 didapati menginap di rumah kes ke-8,897 pada 16 Julai sehingga 19 Julai lalu di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, kes telah dikenal pasti dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah.

Dalam pada itu, ujian saringan COVID-19 kali kedua dijalankan apabila kes ke-8,977 mengalami gejala batuk dan sakit tekak.

Beliau dikesan positif dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Pecahan kes dan kontak rapat mengikut negeri adalah seperti di bawah:

Sumber: KP Kesihatan

Denin

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.