Siakap Keli
Kredit: Bernama

Pendaftaran MySejahtera Sesak, Proses Pendaftaran E-Penjana Akan Dilakukan Secara Sistematik -KKM

Orang ramai dan pengguna aplikasi MySejahtera sudah boleh mendapatkan bantuan tunai RM50 e-Penjana pada hari ini.

Walaubagaimanapun, disebabkan aliran trafik yang tinggi, pendaftaran akan dilakukan secara sistematik bagi mengelakkan gangguan kepada 8 juta pengguna sedia ada.

Berikut merupakan proses pendaftaran dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook mereka.

Proses pendaftaran:

1. Daftar menggunakan nombor telefon atau emel.

2. Verifikasi nombor telefon atau emel melalui OTP.

3. Pengaktifan akaun akan dilakukan selepas mendapat sms atau emel pengaktifan (dalam masa 24 jam pada masa kini).

E-Tunai rakyat RM50 yang diumumkan tidak akan dikreditkan sejurus selepas akaun diaktifkan. E-wallet akan membuat pengesahan terlebih dahulu. Sila pastikan nama dan nombor kad pengenalan yang diisi adalah sama seperti dalam kad pengenalan.

Sila gunakan fungsi MySejahtera yang sedia ada dengan sebaiknya. Harap maklum.

*pengguna sedia ada juga boleh memohon untuk e-penjana.
*permohonan e-penjana boleh dilakukan untuk sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.