Siakap Keli
djoko tjandra
Kredit: Google

Penjenayah Rasuah Paling Dikehendaki Indonesia Ditahan Di Malaysia

JAKARTA, 1 Ogos (Bernama) — Penjenayah rasuah paling dikehendaki di Indonesia, Djoko Soegiarto Tjandra, yang 11 tahun melarikan diri, akhirnya ditahan di Malaysia dan dibawa pulang ke Jakarta pada Khamis lepas.

Menurut media Indonesia, penangkapan Djoko, 68, itu adalah menerusi kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang membantu mengesan suspek pada petang 30 Julai dan dibawa pulang pada malam hari menjelang sambutan Aidiladha.

Tiada butiran terperinci berkenaan tempat tangkapan itu dilakukan.

“Kami berjaya menangkapnya pada hari Khamis petang,” kata Ketua Agensi Siasatan Jenayah Polis Indonesia Listyo Sigit Prabowo, seperti dipetik media tempatan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perdana Halim Kesuma di Jakarta bersama suspek pukul 10.39 malam waktu Indonesia Barat.

Listyo Sigit turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada PDRM yang bekerjasama membantu menahan Djoko.

Djoko dibawa pulang dengan pesawat khas disewa polis Indonesia, yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Djoko pertama kali ditangkap pada September 1999 kerana terlibat dalam kes rasuah Bank Bali yang berprofil tinggi.

Bagaimanapun beliau dibebaskan oleh Pengadilan atau Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada 2000.

Kesnya kemudian dibawa ke Mahkamah Agung dan beliau dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda Rp546 miliar (USD54 juta).

Namun, Djoko melarikan diri ke Papua New Guinea sehari sebelum keputusan mahkamah dan sejak itu dilaporkan telah menetap di beberapa negara termasuk Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.