Siakap Keli
as ban tiktok
Kredit: Google

Trump Dilaporkan Bakal Sekat Aplikasi TikTok Di Amerika, Dipercayai Atas Faktor Keselamatan Negara

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan merancang untuk menyekat aplikasi TikTok dari beroperasi di negara itu.

Menurut The Washington Post, tindakan itu menunjukkan pendirian yang semakin teguh terhadap China dan syarikat teknologi negara berkenaan.

Tindakan tersebut dikatakan berpunca daripada kerisauan penggubal dasar AS terhadap aplikasi luar negara itu yang dipercayai boleh menggugat keselamatan negara.

Terdahulu, menurut sumber yang tidak ingin dinamakan, Trump sebelum ini dilaporkan mempertimbangkan perintah untuk memaksa syarikat ByteDance China agar menjual bahagian TikTok AS atas faktor keselamatan negara.

Pembelian aplikasi itu dipercayai bakal diterajui oleh syarikat teknologi tempatan, Microsoft, lapor The Washington Post.

Pun begitu, Trump dikatakan tidak berminat untuk membiarkan syarikat AS membeli operasi TikTok. Sebaliknya, dia dilaporkan berkata mereka mampu menggunakan kekuatan ekonomi atau perintah eksekutif untuk menyekat aplikasi berkenaan.

“Saya ada kekuasaan, Saya boleh lakukannya dengan perintah eksekutif atau kekuatan ekonomi,” katanya.

Perintah tersebut akan memaksa penjualan yang berpunca dari siasatan keselamatan negara. Ia jarang digunakan namun pernah digunakan Trump pada Mac lalu bagi memaksa sebuah syarikat China menjual sahamnya kepada sebuah syarikat perisian hotel AS.

Jika Microsoft mendapatkan TikTok, ia dijangka bakal menjadi saingan terbesar kepada Facebook, Youtube dan gergasi teknologi lain serta membentuk semula landskap sosial media AS secara dramatik, lapor Washington Post.

Sumber: The Washington Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.