Siakap Keli
Gambar: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

Bangkai Penyu Ditemui Di Port Dickson Dengan Cengkerang Pecah, Dipercayai Mati Terkena Pukat Atau Kipas Bot

PORT DICKSON, 2 Ogos – Satu bangkai seekor Penyu Agar (Chelonia Mydas) jantan beranggaran 150 kilogram dijumpai hanyut di PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pejabat Perikanan Negeri Sembilan (DOF Negeri Sembilan) menerusi satu kenyataan berkata, penemuan hasil aduan orang awam tersebut mendapati bangkai itu sudah mulai mereput dan berbau.

“Penyu yang berusia anggaran 40 tahun itu dipercayai mati empat ke lima hari lalu dengan cangkerang pecah teruk.

“Kemungkinan penyu ini mati terkena pukat atau terkena kipas bot,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Bangkai penyu itu telah ditanam dan DOF Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan melaporkan penemuan tersebut.

Gambar: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan
Gambar: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan
Gambar: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan
Gambar: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

Sumber: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.