Siakap Keli

Pemakaian Pelitup Muka: 29 Individu Dikompaun RM1,000 Dalam Masa 24 Jam Di Johor

JOHOR BAHRU, 2 Ogos – Seramai 29 individu telah dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan tidak memakai topeng pelitup muka di Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, statistik yang dikeluarkan itu adalah berdasarkan pemantauan yang dijalankan sejak hari pertama perintah tersebut dilaksanakan semalam.

Menurutnya, jumlah pemantauan yang dilaksanakan pihak polis adalah seramai 389 orang setakat hari ini.

Manakala jumlah keseluruhan Orang Kena Kompaun (OKK) yang dicatatkan pula adalah 29 orang, merangkumi tiga (3) orang di Iskandar Puteri dan 26 orang di Kota Tinggi.

“Bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tentang arahan pemakaian pelitup muka dipatuhi orang ramai, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor akan membuat pemantauan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai.

“Tindakan tegas akan diambil termasuk melaksanakan tangkapan sekiranya orang ramai masih lagi ingkar dan tidak mematuhi SOP PKPP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber: Polis Johor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.