PUTRAJAYA, 2 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 11 daripada 14 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah daripada Kluster PUI Sivagangga di Kedah.
Menurut data infografik yang dikeluarkan, tiga (3) kes daripada kluster tersebut adalah daripada jangkitan kes ke-8,976, manakala baki lapan (8) kes lagi adalah jangkitan kes ke-8,975.
Sehingga kini, 313 telah disaring. 20 daripadanya dikesan positif, manakala 13 individu masih menunggu keputusan dan baki 280 adalah negatif.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 20 kes yang dikesan positif, kesemua kes adalah aktif.
“Tiada kes dirawat di ICU dan tiada kematian dilaporkan.
“Daripada kes positif yang dilaporkan, sebanyak 15 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan lima (5) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Difahamkan, kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan.
“Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mencegah penularan COVID-19.
“Aktiviti pembersihan dan nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif,” tambah kenyataan itu lagi.
Selain itu, bagi kes jangkitan tempatan yang lain, satu (1) kes dikesan di Selangor, iaitu kes import yang pulang dari Filipina dan dua (2) kes lagi di Sabah daripada saringan pintu masuk antarabangsa.
13 kes tempatan dilaporkan daripada 14 kes baharu hari ini.
11 daripadanya adalah daripada Kluster PUI Sivagangga pic.twitter.com/P5yeLBpGUf
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 2, 2020
Terdapat 11 kes baharu dikesan dari Kluster PUI Sivagangga hari ini.
3 kes daripada jangkitan kes 8976. Manakala baki 8 kes adalah jangkitan kes 8975. pic.twitter.com/Xd0eVdDsdG
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 2, 2020
Sehingga kini, 313 telah disaring. 20 daripadanya dikesan positif, manakala 13 individu masih menunggu keputusan. Baki 280 adalah negatif.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 2, 2020
PERINCIAN KES BAHARU (14)
Selangor – 1
1 kes import BWN pulang dari FilipinaSabah – 2
2 kes saringan WN di pintu masuk antarabangsaKedah – 11
11 kes WN dari Kluster PUI Sivagangga pic.twitter.com/h84xtGv6hU— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 2, 2020
Sumber: KKM