Siakap Keli
bot terbakar
Kredit: Google

Tujuh Cedera, Bot Terbakar Di Semporna

SEMPORNA, 2 Ogos (Bernama) — Tujuh penumpang cedera apabila sebuah bot dipercayai bot pelancong terbakar selepas berlaku satu letupan, kira-kira 1 tengah hari, di sini hari ini.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika kerja-kerja memindahkan minyak petrol dilakukan dari tangki minyak bot ke dalam gelen.

Namun, minyak dalam tangki bot yang bercampur air disyaki penyebab berlakunya satu letupan sehingga mengakibatkan tujuh penumpang bot melecur hampir keseluruhan badan.

Difahamkan, dua mangsa mengalami kecederaan kritikal manakala lima lagi separa kritikal dan kini dirawat di Hospital Tawau.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.