Siakap Keli

Marrybrown Belanja Nasi Lemak MB Percuma Setiap 1 Ogos

Tidak kira dekat atau jauh, rakyat Malaysia tidak akan melupakan hidangan yang mewakili asal usul, budaya dan identiti Malaysia: Nasi Lemak.  Dalam meraikan kebanggaan sajian gastronimi negara (dan juga sebagai sumber dorongan kepada semua pasca-Covid 19), Marrybrown Malaysia mengisytiharkan setiap 1 Ogos sebagai Marrybrown Nasi Lemak Day di seluruh negara. Hari perdana ini dikhaskan untuk Nasi Lemak MB yang dimulakan dengan mengedarkan lebih daripada 10,000 kotak Nasi Lemak MB kepada rakyat Malaysia yang hadir dengan semangat untuk menerima sajian yang menyelerakan ini.

Sambutan Marrybrown Nasi Lemak Day ditetapkan pada 1 hari bulan kerana Nasi Lemak sering menjadi hidangan PERTAMA yang terlintas di fikiran ketika seseorang membayangkan tentang Malaysia, dan hidangan PERTAMA yang diinginkan oleh rakyat Malaysia setelah menjadi perantauan untuk sekian lama.  Untuk memperingati hari istimewa ini sebagai permulaan sesuatu yang dinanti-nantikan untuk tahun yang akan datang, Marrybrown Nasi Lemak Day mendapat gelaran “MOST NUMBER OF NASI LEMAK PACKS DISTRIBUTED IN MULTIPLE LOCATIONS” oleh Malaysia Book of Records, melambangkan komitmen Marrybrown untuk memberi rakyat Malaysia makanan yang mereka gemari dan sambutan seperti ini patut dikongsi bersama.

“Bagi saya, Nasi Lemak menggambarkan perpaduan dan keharmonian Malaysia kerana setiap ramuan nasi lemak sama pentingnya seperti kita rakyat Malaysia yang berkembang lebih baik dalam perpaduan dan keharmonian.  Dengan mewujudkan sentimen ini, kami dengan bangga memberi penghargaan Hidangan Kebanggaan Kita dengan mengisytiharkan 1 Ogos sebagai Marrybrown Nasi Lemak Day, bermula tahun ini,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Bagi Marrybrown, perkataan ‘pertama’ juga mewakili beberapa pencapaian yang pertama dalam perjalanan mereka selama 39 tahun dengan hidangan “something different” untuk peminat mereka.  Salah satu daripada pencapaian ‘pertama’ mereka adalah menjadi rantaian makanan segera pertama di dunia yang menyajikan Nasi Lemak, syarikat francais QSR Malaysia pertama dan label QSR halal tempatan pertama yang mencapai pasaran antarabangsa.

“Marrybrown mampu mencapai semua pencapaian ‘pertama’ kerana dorongan dan sokongan pelanggan kami. Oleh itu, pemberian 10,000 kotak Nasi Lemak MB adalah perkara yang sangat bermakna buat kami kerana bukan sahaja sebagai pemberian 10,000 Nasi Lemak ‘pertama’ kami, tetapi sebagai cara mengucapkan terima kasih dan menyedari pencapaian kami yang dicapai selama ini oleh peminat MB.”

“Tahun ini, Malaysia secara keseluruhan sangat terjejas, tetapi seperti sepinggan Nasi Lemak, perpaduan, kerjasama dan optimisme kita untuk permulaan baru membolehkan kita terus maju.  Kami bangga dapat menyambut hari istimewa ini kerana ia bukan sahaja meraikan hidangan kebanggan negara, tetapi peringatan untuk permulaan baru,” tambah Dato’ Joshua Liew.

Marrybrown juga akan mengadakan promosi menarik sempena ‘Marrybrown Nasi Lemak Day’ dan peminat MB boleh menantikan lebih lagi kejutan pada setiap hari bulan ‘pertama’ yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi ‘Marrybrown Nasi Lemak Day’ dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

Youtube: MarrybrownTV

Delivery: http://mbdelivery.com.my

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.