Siakap Keli
Gambar: Bernama TV

Pihak Polis Akan Batalkan Saman Yang Dikenakan Kerana Tidak Pakai Pelitup Muka Dalam Kenderaan Persendirian

Polis akan membatalkan saman yang dikeluarkan kepada individu yang didapati melakukan kesalahan kerana tidak memakai pelitup mula ketika berada di dalam kenderaan persendirian.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa keputusan tersebut diputuskan selepas berbincang dengan pihak polis serta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya dah berbincang dengan pihak polis dengan pihak kementerian kesihatan, pihak polis akan membatalkan saman-saman tersebut.

“Kalau mereka dah pun membayar kepada kementerian kesihatan, mereka boleh menuntut semula bayaran tersebut daripada kementerian kesihatan”, ujarnya.

Sumber: Bernama TV

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa