Siakap Keli

(Video) Gelagat Kucing Kehausan ‘Minta Tolong’ Tekan Butang Keluarkan Air Tarik Perhatian Ramai

Satu rakaman memaparkan seekor kucing kehausan yang setia menunggu kehadiran manusia untuk menolongnya minum daripada sebuah ‘mesin air’ menjadi tular di media sosial.

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @hash_1993 itu yang diambil daripada pengguna tiktok bernama jarrah fix menunjukkan seekor kucing yang dipercayai sedang kehausan meminta tolong kepada orang yang melalui kawasan itu untuk menekan butang bagi mengeluarkan air supaya ia boleh meminum daripadanya.

Mujur terdapat seorang manusia yang baik hati prihatin akan gelagat kucing itu membantunya untuk minum daripada mesin air tersebut.

Walaupun badannya bakal basah, namun kucing itu kelihatan tidak mempedulikannya kerana mungkin sedang terlampau kehausan.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 300 ribu dan mendapatkan lebih 30 ribu likes daripada pengguna media sosial Twitter.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa