Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Lelaki Melambung Sejauh 30 Kaki Dipercayai Terpijak Kabel Sebelum ‘Mendarat’ Atas Badan Wanita

Seorang lelaki telah tercampak sejauh 30 kaki dan mendarat di atas seorang wanita selepas sebuah kabel yang terdapat di jalan tersebut ditarik oleh sebuah motosikal yang melalui jalan tersebut, lapor Daily Mail.

Sebuah rakaman CCTV memaparkan lelaki tersebut melambung ke udara disebabkan oleh sebuah kabel yang kelihatan seakan kabel elektrik yang terdampar di jalan tersebut sebelum dilanggar oleh motosikal yang melalui jalan berkenaan.

Kejadian tersebut dilaporkan terjadi di sebuah lokasi yang tidak diketahui di India.

Lelaki berkenaan dilihat tercampak ke udara sebelum mendarat pada seorang wanita yang secara kebetulan berjalan di kawasan itu.

Kedua-dua mereka dilaporkan selamat, namun mengalami kecederaan susulan daripada insiden aneh tersebut.

Kejadian itu bermula sejurus selepas lelaki itu melangkah keluar daripada kereta yang diparkir di tepi jalan tersebut.

Ketika salah satu motosikal yang sedang bergerak terlanggar kabel berkenaan, kabel itu menjadi tegang dan telah menyebabkan lelaki yang berada betul-betul di atas kabel tersebut tercampak ke udara sebelum mendarat pada seorang wanita yang sedang berjalan di kawasan itu.

Wanita itu dilihat terkakuĀ  ketika melihat lelaki tersebut sedang tercampak menuju ke arahnya. Dia tidak mempunyai cukup masa untuk berbuat apa-apa sebelum dirempuh oleh lelaki tersebut.

Insiden itu berlaku pada 16 Julai sekitar jam 11.34 pagi, lapor Daily Mail.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa