Siakap Keli

(Video) Tular Rakaman Gajah Di Tepi Jalan, Dekati Kereta Di Bahagian Belakang

Satu rakaman yang memaparkan seekor gajah berada berdekatan sebuah kereta telah menimbulkan rasa cemas dalam kalangan netizen. Rakaman tersebut telah tular di media sosial dan menarik perhatian ramai warganet.

Menurut perkongsian tersebut, kejadian itu berlaku berdekatan hentian puncak Titiwangsa jalan menghala ke Kelantan.

Menerusi rakaman dikongsikan oleh Noraini Romli, dapat didengari suara cemas individu di dalam kenderaan tersebut yang dipercayai bimbang dengan haiwan tersebut.

Tiada maklumat lanjut berkenaan keadaan mangsa yang berada di dalam kereta tersebut.

Warganet yang menonton video terbabit turut menzahirkan kerisauan kepada mangsa yang terbabit dalam insiden itu.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 14 ribu kali oleh warganet.

Walau bagaimanapun, memetik laporan Bernama, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff menyatakan bahawa siasatan mereka mendapati kereta tersebut rosak kerana terbabas ketika mengelak haiwan tersebut.

“Bagaimanapun, mengikut siasatan kami, kerosakan kenderaan disebabkan kereta terbabas ke bahu jalan ketika mengelak gajah melintas,”

Sumber: Facebook

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa