Siakap Keli
Gambar: Kumparan

Hanya Satu Huruf, Gadis Ini Diberi Nama Dengan Huruf ‘Y’ Sahaja

Bak kata pepatah, apalah erti sebuah nama. Namun di sebalik itu semua, sebuah nama pastinya memiliki maknanya yang tersendiri walau sependek mana pun ia.

Seorang gadis di Gedongkiwo, Kabupaten Mantrijeron, Kota Yogyakarta telah dinamakan dengan nama yang terdiri daripada satu huruf sahaja iaitu Y oleh kedua ibu bapanya.

Y menjelaskan bahawa pada awalnya ayahnya itu ingin menamakannya dengan nama Dasih Utami. Ketika sedang menguruskan untuk mendaftarkan namanya, ayahnya telah mendapat idea untuk memberikan nama kepada anaknya itu seringkas yang mungkin.

Y mengakui bahawa dia tidak pernah diejek kerana namanya yang unik itu. Cuma, dia mendakwa bahawa dia mengalami sedikit masalah pada bahagian pentadbiran kerana namanya tidak dapat dimasukkan semasa menduduki peperiksaan di sekolahnya.

Sementara itu, Slamet Sugiyono (57), ayah Y, bercerita tentang asal usul nama Y ini. Dia menjelaskan bahawa Y mempunyai makna yang mendalam. Y diambil dari huruf jawi yang terakhir iaitu Ya dan bererti sempurna.

“Kenapa ambil huruf jawi yang terakhir? Bagi yang terakhir, istilah itu sempurna. Sekiranya huruf jawi tidak ada Ya maka tidak sempurnalah. Saya memberikan nama Y kerana Y ialah sempurna, menyempurnakan,” ujarnya.

Sumber: Kumparan

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa