Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Kajian Buktikan Pesakit Covid-19 Yang Muda Lebih Cenderung Hilang Deria Bau Dan Rasa

Pesakit Covid-19 yang lebih muda cenderung untuk mengalami kehilangan deria bau dan rasa berbanding pesakit yang lebih tua, menurut satu kajian yang dijalankan.

Penyelidik Ireland melakukan kajian kepada lebih daripada 40 orang yang dijangkiti Covid-19 dengan meminta mereka untuk menilai perubahan bau dan rasa mereka yang memungkinkan terjadinya tanda-tanda anosmia.

Hasil kajian mendapati kira-kira separuh daripada peserta mengalami disfungsi bau dan rasa, yang merupakan gejala penyakit berjangkit yang diketahui.

Tetapi, orang tua pada umumnya pula lebih terdedah kepada kesan lain Covid-19 dan pesakit yang lebih muda cenderung mengalami kehilangan deria bau dan rasa.

“Penemuan ini menambah bukti mengenai kehilangan bau dan rasa pada pesakit Covid-19 dan menunjukkan frekuensi gangguan indera yang lebih tinggi pada pesakit yang lebih muda,” kata penulis utama Colm Kerr di Hospital St. James’s Dublin.

Dipercayai kehilangan bau yang terjadi ini disebabkan oleh virus yang menyusup kepada sel yang memberikan sokongan struktur utama kepada neuron deria.

Malah, ini bulan kajian pertama yang menghubungkan antara kehilangan rasa dan bau melibatkan pesakit Covid-19 yang lebih muda.

Satu kajian di Itali yang diterbitkan di dalam Clinical Infectious Diseases, turut mendapati bahawa gangguan deria bau dan rasa lebih kerap berlaku pada pesakit yang lebih muda.

Dalam satu kajian lain yang berpusat di United Kingdom (UK) yang diterbitkan di dalam Nature Medicine, pula melaporkan bahawa gangguan bau dan rasa adalah petanda kepada jangkitan Covid-19.

Ketidakupayaan untuk membau dan merasa mungkin merupakan gejala pertama Covid-19 dan boleh terjadi dalam beberapa jam selepas individu mendapat jangkitan.

Kajian turut menyenaraikan ‘kehilangan atau perubahan deria bau atau rasa anda’ sebagai salah satu daripada tiga gejala utama COVID-19, bersama demam dan batuk yang berterusan.

“Ini bermakna anda menyedari bahawa anda tidak dapat mencium atau merasakan apa-apa, atau sesuatu yang berbau atau terasa berbeza dari yang normal,” kata kajian.

Sumber: CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.