Siakap Keli

Kisah Keluarga Mentua Kecewa Dengan Anak Sendiri, Beri Sokongan Pada Menantu Di Mahkamah Syariah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin susah untuk dapatkan keluarga mentua yang memahami isi hati menantu, tak kira lelaki atau wanita. Ya, keluarga mana yang tak menyokong anak kandung sendiri bukan?

Anak bukan sahaja penyeri dan simbol kasih sayang suami isteri, bahkan aset bernilai bagi sesebuah kekeluargaan. Namun, jika mereka ada buat salah, sebagai ibu bapa kita seharusnya menegur dan bertindak dengan memikirkan tentang orang lain.

Seperti perkongsian daripada seorang peguam Syarie, Rabiatul Adawiyah di laman Facebooknya tentang pengalamannya sewaktu menguruskan hal anak guamnya, ada sesuatu yang berlaku membuatkan beliau dan orang ramai terkedu dan tersentuh hati.

Macam mana tak sebak, keluarga mentua sanggup bersusah payah pertahankan nasib menantu mereka daripada anak sendiri.

Kes pagi tadi sangat menyentuh hati saya bukan kerana pihak-pihak yang sedang bertelagah dalam tuntutan nafkah anak, bukan juga kerana jumlah tuntutan yang dipohon oleh si isteri dan bukan juga jumlah yang dicadangkan oleh si suami.

Tapi apa yang menyentuh hati saya adalah bilamana yang turut hadir memberi semangat dan sokongan kepada anakguam saya ini adalah keluarga mertuanya sendiri. Ayah, ibu, adik beradik dan juga ibu saudara mertua kepada anakguam saya.

Si Ayah dalam nada sayu dan berlinang airmata meluahkan rasa kecewa terhadap anak lelaki beliau. Dan memberikan sokongan penuh pada menantu perempuan terhadap sebarang tuntutan.

“Kalau menantu, kita perlu sayangi mereka melebihi dari anak kita sendiri.” – Ayah mentua

 

Kata beliau, jika anak kita salah ia tetap salah. Untuk apa berpihak pada yang salah walaupun itu anak kita sendiri. Anak kandung kita boleh pijak-pijakkan, sebab itu anak yang kita pelihara, jaga dan dididik sepenuhnya tapi jika menantu kita perlu sayangi mereka melebihi dari anak kita sendiri.

Dan seterusnya beliau mengarahkan saya untuk lakukan apa sahaja sehingga anak beliau terduduk dan hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja bukan kerana ingin mendoakan yang tak baik tetapi untuk memberikan kesedaran pada anak lelaki beliau bahawa isteri dan anak adalah tanggungjawab yang perlu dipikul 100% tanpa leka.

Kata beliau lagi. Selagimana anak beliau tidak insaf, beliau hanya akan berjumpa dengan anak lelaki beliau hanya di dua tempat sahaja. Jika tidak di mahkamah, hanya di balai polis sahaja.

Hariini? Berapa ramai dari kalangan kita seperti keluarga ini??? Mampukah kita untuk bertindak benar dan tidak menegakkan benang yang basah? Masih adakah dari kalangan mertua yang menyayangi menantu lebih dari anak sendiri???

Allahurobbi. Moga-moga kami diberikan kekuatan dan diizinkan untuk buat yang terbaik dalam amanah ini.

 

Sumber: Rabiatul Adawiyah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang