Siakap Keli

Mak Cik “Cancer Survivor” Gigih Jual Nasi Lemak RM 1, Akui Hidup Sesak Sejak PKP

Wabak Covid-19 yang melanda negara kita ternyata memberi impak kepada kehidupan ramai. Ada di antara kita yang terjejas dari segi pendapatan kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain sebilangannya terus kehilangan sumber pendapatan.

Seperti perkongsian oleh seorang pemuda, Roob Ganesan di Twitter mengenai seorang ‘aunty’ yang gigih menjual nasi lemak RM1 demi kelangsungan hidup akibat PKP.

Berbumbungkan langit bersama sebuah meja dan kerusi, ‘aunty’ berkenaan yang merupakan seorang bekas pesakit kanser dilihat cekal meneruskan hidup. Dengan pandangan sayu, dia setia berdiri menunggu kehadiran pembeli.

Sebungkus RM1, aku beli 10 bungkus

Dia yang sedang mencari perkerjaan kemudiannya ditawarkan bekerja sebagai pengupas kulit bawang oleh salah seorang rakan pemuda tersebut.

Bukan sahaja dia mengucapkan terima kasih, malah turut menggambarkan pemuda itu dan raknnya seperti Tuhan yang ‘turun’ untuk membantunya.

Macam Tuhan datang tolong saya

Tolong lah asalkan ikhlas

Perkongsian tersebut menyentuh hati warganet dan rata-ratanya turut memuji keikhlasan hati pemuda ini yang membantu warga emas berkenaan.

Semoga lebih ramai pihak yang tampil membantu dan urusan ‘aunty’ dipermudahkan.

Sumber: Twitter Roob Ganesan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.