Siakap Keli

Kereta Tukar Lorong Nak Masuk Susur Dirempuh Motosikal Sebelum ‘Rider’ Dilanggar Motosikal Lain

Kemalangan adalah suatu perkara yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diambil dan dipraktikkan.

Satu rakaman yang memaparkan sebuah kemalangan dipercayai berlaku di susur keluar Subang Jaya arah utara telah menjadi tular di media sosial.

Kemalangan tersebut telah melibatkan sebuah kereta berwarna putih dan dua buah motosikal.

Insiden itu dapat dilihat terjadi selepas kereta berwarna putih yang datang daripada lorong tengah jalan raya terbabit hendak menghala ke persimpangan susur keluar jalan raya berkenaan.

Ketika kereta putih terbabit sedang cuba untuk bergerak masuk ke susur keluar tersebut, motosikal yang datang daripada bahagian kiri jalan raya itu tidak sempat untuk memberhentikan motosikalnya lalu telah merempuh bahagian sisi kereta terbabit dan terjatuh.

Sebuah lagi motosikal yang berada di belakangnya juga turut kelihatan terlibat dalam kemalangan tersebut selepas turut tidak sempat untuk menghentikan motosikalnya dan lalu telah terlanggar penunggang motosikal yang terjatuh itu.

Salah seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu dilihat dapat berdiri sejurus selepas itu manakala yang satu lagi dilihat hanya terbaring dipercayai mengerang kesakitan akibat daripada kemalangan tersebut.

Pengguna jalan raya lain yang berada di lokasi tersebut terus bergegas memberikan pertolongan kepada kedua-dua penunggang motorsikal itu.

Tidak dapat dipastikan kecederaan yang dialami oleh kedua-dua penunggang motorsikal terbabit.

Video yang berdurasi selama 49 saat itu telah menjadi tular di media sosial Facebook. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 10 ribu kali oleh warganet.

Sumber: Kechiq Gtnxr

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa