Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan - Bernama

Pejabat Al Jazeera Diserbu – Bukit Aman

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu pejabat agensi media antarabangsa, Al Jazeera dipercayai bagi melengkapkan siasatan berhubung dokumentari yang dimuat naik awal Julai lepas.

Tanpa mendedahkan lokasi pejabat Al Jazeera, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan serbuan berkenaan dilakukan pada kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

“Ya, sepasukan USJT (Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) bersama pasukan SKMM telah menyerbu bagi meneruskan siasatan kes ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’, berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan Malaysia terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani penularan COVID-19.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.