Siakap Keli

Sebelum Diwajibkan, Ini 5 Langkah Mudah Untuk Peniaga Nak Buat Kod QR MySejahtera

Menteri Kanak (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media baru-baru ini menyatakan semua premis perniagaan akan diwajibkan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk merekod kehadiran pelanggan dan tak perlu lagi menggunakan kaedah manual tetapi Ismail turut berkata penggunaan aplikasi tambahan lain tidak akan dilarang.

Berikutan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, ada pemilik premis perniagaan yang  tidak mencatat butiran pelanggan dan tidak merekod suhu badan pelanggan yang datang ke premis mereka.

Sebelum diwajibkan, hari ini SK nak ajar pemilik-pemilik premis, tak kiralah kedai makan, kedai gunting rambut, kedai cuci kereta mahupun kedai runcit bagaimana ingin mendaftar dan membuat kod QR MySejahtera dengan hanya 5 langkah mudah sahaja.

Jom kita start. Langkah pertama korang kena buat carian di Google dengan menaip MySejahtera Check-In

  1. Klik pautan paling atas atau klik sahaja di sini 

2. Masukkan no telefon bimbit anda

3. Anda akan menerima SMS dan masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS tersebut dan masukkan di ruangan di bawah.

4. Masukkan butiran peribadi dan perniagaan anda termasuk alamat premis.

5. Siap. Anda sudah boleh cetak kod QR MySejahtera dan pamerkan di pintu masuk premis anda untuk para pelanggan imbas.

Sumber: MySejahtera

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)