Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Hanya 1 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 16 pesakit Covid-19 yang telah discaj dan hanya 1 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (4 Ogos 2020).

Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,684 kes secara keseluruhannya.

1 kes baharu yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kes keseluruhan bertambah kepada 9,002. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 193 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menerusi maklumat tersebut juga, 1 kes baharu yang dicatatkan pada hari ini adalah merupakan kes tempatan.

KKM juga memaklumkan bahawa tiada kes yang dirawat di ICU dan memerlukan bantuan alat pernafasan pada hari ini.

KKM sukacitanya memaklumkan bahawa tiada kematian baharu berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kematian berkaitan COVID-19 kekal sebanyak 125 kes atau pun bersamaan dengan 1.39% secara keseluruhannya.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa