Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Budak 5 Tahun Tergantung Setinggi 50 Kaki Di Geriji Tingkap Selepas Dipercayai Ditinggalkan Sendirian Di Rumah

Seorang budak di China berjaya diselamatkan selepas lehernya tersangkut di antara besi jeriji tingkap rumahnya, lapor Daily Mail.

Menurut saksi, kanak-kanak berusia lima tahun itu telah tergantung pada pagar tingkap rumahnya yang terletak di tingkat lima iaitu dengan ketinggian 50 kaki dan ketika kejadian dia dipercayai sedang bersendirian di rumah.

Kanak-kanak itu dilaporkan berjaya diselamatkan oleh jiran berdekatan yang bekerjasama memecahkan pintu rumahnya itu untuk menyelamatkannya.

Menurut video yang dikongsikan agensi berita Pear, kanak-kanak terbabit dapat dilihat sedang tergantung secara berbahaya di perkarangan kediaman pada hari Sabtu di bandar Zaoyang di daerah Hubei, China.

Dia dipercayai bermain di balkoni secara sendirian sebelum terjatuh di celah-celah besi tersebut dan terperangkap.

Seorang saksi yang dikenali dengan nama Li menyatakan bahawa dia telah terlihat ada seorang kanak-kanak sedang dalam ‘kesusahan’ selepas mendengar suara menjerit-jerit dari seberang jalan.

Li juga turut menyatakan bahawa seorang lelaki yang tinggal di tingkat satu bangunan berkenan cuba untuk masuk ke rumah kanak-kanak itu melalui pintu rumahnya namun tidak berjaya. Lelaki itu kemudiannya memutuskan untuk memanjat daripada bahagian balkoni bagi menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Mujur, beberapa jiran lain yang menyedari perkara berkenaan terus bergegas ke rumah kanak-kanak tersebut lalu bergabung tenaga untuk memecahkan pintu rumahnya yang sedang terkunci.

Jiran-jirannya itu kemudiannya terus bergegas mengangkat kanak-kanak tersebut dan menariknya kembali ke tempat selamat.

“Keseluruhan proses penyelamatan itu berlaku dalam masa yang amat singkat, dan penyelamatan itu dilakukan tepat pada waktunya. Syabas kepada jiran-jiran yang bekerjasama menyelamatkannya,” kata Li.

Kanak-kanak itu dilaporkan telah dikurung di rumahnya sendiri. Tiada maklumat lanjut berkenaan di mana ibu bapanya atau penjaga ketika insiden itu terjadi.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa