Siakap Keli

Betul Ke Potret Warna AI, SuperVooc 2.0 & Slow Mo’ Jadi Kesukaan Lizzy, Ayda Jebat, Azira Shafinaz Dan Neelofa?

Siapa yang tak kenal dengan empat nama besar dalam industri seni Tanah Air ini Neelofa,  Ayda Jebat, Azira Shafinaz Dan Elizabeth Tan. Gabungan bakat mereka begitu mantap, sehingga hari ini mereka tetap menjadi ‘buah hati’ rakyat Malaysia.

Bukan sahaja cantik, tetapi bakat yang tonjolkan juga sangat besar dan mengagumkan seperti peranti Oppo Reno 4 Pro ini.

OPPO Reno 4 Series merupakan edisi terbaru dari Reno Series. Ia ditambahkan lagi menjadi yang lebih baik untuk kesesuaian semua pengguna. Peranti ini dilengkapi dengan Potret Warna AI, Pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 dan 960fps AI Slow Mo.

Kalau tak beli Oppo Reno 4 Series ini, korang memang menyesal habis. Kenapa?

Ini 11 ‘sebab’ kenapa korang perlu dapatkan OPPO Reno 4 Pro ini.

1. Reka bentuk

Reka bentuk yang ringan dan nipis serta menawarkan 2 warna matte menarik iaitu Starry Black dan Silky White. Woww!

2. Skrin Kadar Semula 90 Hz

Kali ini ia dilengkapi dengan kadar segar semula 90Hz dan juga merupakan sebuah panel HDR10+. Bahkan korang boleh merasai 90Hz yang sangat lancar dan dengan 3D Borderless Screen yang selesa untuk  bermain permainan video seperti PUBG, MLBB dan lain-lain lagi. Menarik bukan?

3. Pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65w

Pengecasan terpantas dalam kelas harganya.

Peranti ini hanya mengambil masa selama 36 minit untuk bateri penuh. Didatangkan dengan kelajuan SuperVOOC 2.0 65w, memang akan menyelesaikan masalah korang. jangan risau ia selamat dan tidak mengambil masa yang lama. Padan dengan harga, peranti ini antara yang terpantas pengecasan berbanding peranti lain yang sama dengannya. Berbaloi kan?

4. Potret Warna AI

  • Video

Jelas menunjukkan riak wajah Neelofa dalam video ini sangat kagum dengan kuasa ‘perfect’ potret warna yang cukup sesuai untuk apa saja jenis video.

  • Fotografi

Fungsi Potret Warna AI dalam foto dan video untuk mengekalkan warna pada subjek potret. Menggunakan latar belakang  filter black and white akan menghasilkan kesan yang menyerlahkan bagi subjek. Korang boleh nampak sendiri pada foto Elizabeth Tan dan Ayda Jebat.

5. Night Flare Portrait

Tidak guna night flare potrait

Selepas guna night flare potrait

Salah satu mod yang menjadi kesukaan Lizzy …

Ia boleh diaktifkan dalam filter mod potret. Setelah diaktifkan, ia menggabungkan gambar asas dengan LLHDR algoritma untuk memberikan julat dinamik yang lebih baik. Ia hanya berfungsi pada kamera belakang sahaja.

Titik cahaya ‘Bokeh’ ditambahkan ke latar belakang secara automatik. Korang akan merasai potret malam yang semula jadi dengan titik cahaya yang mengagumkan (mod potret + algoritma malam) dan gambar menjadi lebih cerah.

6. AI Slow-motion 960fps

Video ‘Slow mo’ 240fps @ 720P dapat ditukar menjadi 960fps @ 720P. Kamera depan menyokong sehingga 240fps @ 720P. Bukan itu sahaja, Azira Shafinaz in love sangat dengan slow mo ni. Jadi, tidak perlu memuat turun aplikasi lain untuk ‘slow mo’ sebab dah ada dalam OPPO Reno 4 Pro.

7. Ultra Steady Video 3.0

Video ini tidak menggunakan Ultra Steady Video 3.0

Selepas menggunakan Ultra Steady Video 3.0

Anda boleh mengambil video yang stabil, jelas dan berkualiti tinggi dalam pelbagai senario. Video lebih stabil dalam situasi seperti mengambil video dan streaming live semasa berjalan kaki.

8. Mod Selfie Ultra Night dan Ultra Mod Gelap

Gabungan pencahayaan yang sangat sesuai.

Korang boleh selfie dalam cahaya yang rendah tetapi kualiti gambar yang sangat jelas dan menarik. Mod Ultra Gelap pula memudahkan pengambilan gambar dalam keadaan cahaya rendah, bahkan dapat mengambil perincian yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia sehingga ukuran saiz 5luc.

Tanpa menggunakan Ultra Dark Mode

Selepas menggunakan Ultra Dark Mode

9. Ultra Clear 108MP

Membina semula gambar dengan resolusi yang lebih tinggi sehingga mencapai 100 megapixel. Ini merupakan integrasi multi-bingkai VD yang direalisasikan melalui kamera utama 48MP. Wow, best sangat!

10. Warna OS 7.2

Dengan Mod Penjimatan Tenaga Pintar: Setelah ciri ini dihidupkan, korang boleh chatting di Whatsapp selama 2 jam dengan penggunaan bateri hanya 5%.

Night Ultra Standby: Tetap penuh sepanjang malam tanpa perlu mengecas semasa korang tengah tidur.

Quick Return Bubble: Anda tidak perlu bimbang tentang operasi multi step sebab Quick Return Bubble dapat memastikan pertukaran antara aplikasi dengan lancar dan efisien.

11. Pre Order OPPO Reno4 Series

Baru sahaja dilancarkan pada 3 Ogos, pukul 6:30 petang 

OPPO Reno4 Series ‘Pre Order’

  • Akan dibuka untuk pre order bermula 3hb – 7hb  Ogos 2020.
  • Pre order Reno 4 Pro dan mendapat OPPO Enco W31 (RM 259) dengan 1 tahun skrin waranti bernilai RM199.
  • Anda juga akan dapat 120gb untuk Oppo Cloud Storage dan baucer Klook bernilai RM 100 menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM 538.   
  • Pre order Reno 4 akan mendapat 1 tahun skrin waranti yang bernilai RM 199.

Ini perbezaan antara Reno4 dan Reno4 Pro

Untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh layari di OPPO.my atau untuk membuat pra tempahan, korang boleh klik di sini, Reno4 dan Reno4 Pro.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang