Siakap Keli
Gambar: Artortoise

“Kartun Beliau Yang Sarat Dengan Unsur Nasihat Dan Dakwah,” Dr Zulkifli Ajak Warganet Doakan Rawatan Pelukis ‘Artortoise’

Siapa yang tidak kenal dengan halaman komik digital berunsur dakwah, Artortoise?

Komik-komik dan lukisan animasi grafik Artortoise sering mewarnai media sosial kita dengan nasihat-nasihat berkaitan isu semasa, pengajaran, dakwah dan sebagainya.

Gambar: Artortoise

Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak tahu, pelukis di sebalik watak Artortoise, iaitu Mohamad Ikhsan Kamarudin sebenarnya penghidap kanser pangkal hidung tahap tiga (3).

Pada hari ini, beliau dikhabarkan menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi bagi komplikasi yang dihidapinya itu.

Info tersebut dikongsikan oleh Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman Twitternya hari ini.

Nota: pembetulan, bukan pembedahan tapi kimoterapi & radioterapi

Dr. Zulkifli memohon para warganet untuk bersama-sama mendoakan rawatan tersebut berjalan dengan lancar.

Semoga kesihatan Mohamad Ikhsan akan bertambah baik selepas ini. Ameen.

Berikut adalah lampiran beberapa lukisan hasil tangan Artortoise yang agak terkenal di media sosial yang biasanya berkaitan dengan isu semasa.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, The Borneo Guy, Artortoise

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'