Siakap Keli
letupan lubnan
Gambar: Abdul Qadeer

Lantai Dipenuhi Darah Dan Ramai Tercedera, Keadaan ‘Kelam Kabut’ Dipercayai Di Sebuah Hospital Di Lubnan

Satu letupan besar telah menggegarkan pelabuhan Beirut dan kawasan sekitar, menyebabkan kerosakan berskala besar di bandar berkenaan.

Menurut data Kajian Geologi Amerika Syarikat, letupan itu juga dipercayai menyebabkan gelombang seismik dengan kekuatan menyerupai gempa bumi bermagnitud 3.3 skala richter.

Tragedi dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang dirampas di pelabuhan Beirut itu turut dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 73 orang. Seramai lebih 4,000 mangsa dilaporkan cedera.

Satu video memaparkan situasi kacau bilau di dalam sebuah hospital selepas letupan berlaku telah tular di media sosial.

Berdasarkan perkongsian salah seorang warga maya Abdul Qadeer, kelihatan darah memenuhi ruang lantai sebuah hospital dipercayai di Beirut yang dipenuhi pesakit dengan pelbagai kecederaan.

Gambar: Abdul Qadeer
Gambar: Abdul Qadeer
Gambar: Abdul Qadeer
Gambar: Abdul Qadeer

Sumber: Abdul Qadeer, CNN

Amira

Love yourself.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa