Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

TERKINI: 21 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 15 Kes Import & Hanya 6 Kes Tempatan

Sebanyak 21  kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9,023 kes setakat Rabu (5 Ogos 2020).

Menerusi perkongsian terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 196 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.

Ingin dimaklumkan daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes merupakan kes import dan 6 kes lagi merupakan kes tempatan.

Selain itu, terdapat 18 kes yang telah pulih Covid-19 dicatatkan pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,702 atau 96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Manakala jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.