Siakap Keli
letupan lubnan beirut
Gambar: Pray For Lebanon

(Video) “Kami Perlu Kekal Kuat,” Gabenor Beirut Menangis Luah Kesedihan Ketika Ditemu Bual

Mengaitkan insiden letupan di Beirut seakan-akan tragedi menimpa Hiroshima dan Nagasaki, Gabenor Beirut, Marwan Abboud meluahkan kesedihan atas tragedi berlaku.

“Ada api, bomba datang untuk padamkan kebakaran dan kemudian letupan berlaku dan mereka semua hilang. Kami masih mencari mereka,” katanya.

“Ia serupa dengan apa yang berlaku di Jepun, Hiroshima dan Nagasaki. Saya tak pernah lihat kerosakan seteruk ini dalam hidup saya. Ia malapetaka seluruh negara,” katanya seperti dilapor CNN.

Dalam perkembangan lanjut, sebanyak 80 mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Dalam video oleh Sky News yang tular di laman Twitter, kelihatan Marwan menangis ketika ditemubual wartawan mengenai tragedi berkenaan.

“Kami perlu kuat tapi ini terlalu keterlaluan untuk kami hadapi. Apa yang kami boleh buat ialah bertahan, kami kuat, kami perlu tetap bertahan.”

Sumber: CNN, Pray For Lebanon (Sky News)

Amira

Love yourself.