Siakap Keli

(Video) Nenek Main Piano Melodi Sedih Lepas Rumah Rosak Akibat Impak Letupan Di Lubnan

Tragedi yang memilukan berlaku di Beirut, ibu negara Lubnan sangat memberi kesan kepada seluruh dunia termasuklah rakyat di Malaysia. Kejadian yang berlaku semalam telah merosakkan lebih puluhan bangunan dan lebih dirasai apabila tragedi ini meragut nyawa lebhi dari 100 orang dan hampir 4000 orang cedera.

Tular satu video di laman Twitter menunjukkan seorang warga emas yang terselamat daripada tragedi letupan tersebut memainkan piano dengan melodi yang sedih walaupun rumahnya rosak impak dari letupan itu.

Menerusi status tersebut, mereka yang masih berada di kediaman hanya untuk menunggu  insan tersayang pulang. Mungkin ada yang tertimbus dalam bangunan dan mungkin juga menjadi mangsa korban.

Apa-apapun, kita doakan agar keluarga mereka bersatu dan dipermudahkan segala urusan.

 

Sumber: Nadim Serhal

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang