Siakap Keli

(Video) Tak Hirau Keselamatan Diri, Pembantu Rumah Selamatkan Anak Majikan Daripada Impak Letupan

Satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita dipercayai sebagai pembantu rumah sanggup mengetepikan keselamatan dirinya bagi menyelamatkan nyawa anak majikannya daripada letupan besar yang melanda pelabuhan di Lubnan semalam.

Ketika kejadian, pembantu rumah tersebut dapat dilihat sedang melakukan rutin hariannya sebelum letupan besar itu terjadi.

Kanak-kanak yang didakwa sebagai anak kepada majikannya dapat dilihat sedang bermain-main berdekatan dengannya.

Namun apabila letupan besar itu menggegar rumah tersebut, pembantu rumah itu terus bergegas ke arah kanak-kanak berkenaan meninggalkan kerjanya dan mengambil kanak-kanak itu sebelum membawanya ke tempat selamat.

Video yang berdurasi selama 22 saat itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 100 ribu kali oleh warganet.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa