Doktor haiwan telah mengeluarkan amaran kepada semua pemilik haiwan peliharaan supaya melindungi haiwan peliharaan mereka daripada cuaca panas selepas telinga seekor kucing jalanan terpaksa dipotong akibat sunburn.
Amaran tersebut dikeluarkan setelah seekor kucing bernama Kahlo, dari Tunbridge Wells dibawa oleh Cats Protection selepas selamat melahirkan lima ekor anak kucing.
Doktor haiwan terpaksa memutuskan untuk memotong kedua telinganya gara-gara luka terbakar akibat sunburn membuatkannya berada dalam kesakitan.
Kucing berwarna putih seperti Kahlo sangat mudah terkesan akibat sinaran matahari, kata badan amal itu.
“Walau pendengarannya tidak terjejas, namun dia terpaksa hidup tanpa telinga,” kata Danielle Draper, pengurus Cats Protection’s National Cat Adoption Centre di Sussex.
“Kucing putih sangat berisiko kepada selaran matahari, namun begitu semua kucing harus dilindungi dari sinaran matahari semasa cuaca panas.
“Telinga Kahlo pastinya sedang kesakitan, dan kami berharap agar dia sekarang dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat.
Semua pemilik kucing sebaiknya disarankan untuk memastikan kucing mereka berada di dalam rumah pada waktu paling panas sepanjang hari, yang secara kebiasaannya antara pukul 10 pagi dan 3 petang.
“Sekiranya sukar untuk melakukannya, sediakan tempat teduh di laman anda dengan menggunakan tanaman yang mesra kucing dan mengizinkan mereka masuk ke garaj atau pondok di luar rumah jika boleh,” tambahnya.
Badan amal itu kini sedang mencari tuan baru untuk Kahlo yang boleh menjaganya dan memenuhi keperluannya.
Sumber: Daily Mail