Siakap Keli

PUS Pakai Tag Pink Dan Putih Dibenarkan Keluar Rumah Untuk Ke Kedai Dalam Zon Merah Sahaja – IPD Padang Terap

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman Facebook IPD Padang Terap menjelaskan tentang Person Under Surveillance (PUS) yang menggunakan gelang berwarna merah jambu dan putih dan keluar rumah di zon merah.

Menurut IPD Padang Terap, mereka yang memakai gelang pink dan putih adalah ketua keluarga dan dibenarkan untuk keluar ke kedai membeli barangan keperluan dan makanan di kedai-kedai Kampung Ulu, Padang Sanai atau mana-mana kawasan yang diisytihar zon merah sahaja.

Manakala, yang hanya memakai gelang pink ATAU putih sahaja tidak dibenarkan keluar dari rumah sama sekali. Jika orang awam jumpa atau bertemu dengan PUS yang memakai tag-tag tersebut diluar kawasan zon merah mohon laporkan kepada pihak polis.

Sumber: IPD Padang Terap

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)