Siakap Keli

(Video) Abang Bomba ‘Demo’ Apa Nak Buat Kalau Dapur Terbakar

Kejadian rumah kediaman yang musnah akibat kebakaran yang berpunca dari dapur bukanlah perkara asing di negara ini.

Telah banyak tragedi berkenaan dilaporkan sebelum ini yang pastinya membawa kepada kerugian nyawa dan harta benda.

Mengimbas kembali, pernah terjadi satu kes di Sarawak pada tahun lalu di mana sebuah rumah terbakar akibat didakwa terlupa memadamkan api dapur setelah memasak, memetik laporan media tempatan.

Difahamkan, isi rumah yang menggunakan dapur tersebut adalah seorang warga emas, namun nasib menyebelahinya apabila dia sempat memadam sendiri kebakaran tersebut dan kemusnahan dicatatkan hanya 15 peratus sahaja.

Berbalik kepada konteks, sebenarnya sebagai isi rumah, pihak bomba sudah memaklumkan teknik dan tindakan kecemasan yang boleh dibuat sekiranya berlaku kebakaran yang berpunca daripada dapur memasak.

Halaman Facebook Friends of Bomba Malaysia baru-baru ini berkongsi satu rakaman video demonstrasi bagaimana tindakan yang perlu dilakukan sekiranya insiden tersebut berlaku.

Mari hayati video di bawah ini.

Semoga video ini bermanfaat dan boleh diamalkan oleh kita semua.

Terima kasih abang bomba.

Sumber: Friends of Bomba Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.