Siakap Keli
Gambar: Hnihmdn

(Video) “Tengoklah Perangai Budak Demam Ni”, Gelagat Kucing Comel Minta Manja, Panjat Mak Tengah Solat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang jatuh cinta dengan sikap manja haiwan bernama kucing ini. Oleh sebab itulah ia sering menjadi pilihan sebagai teman manusia tanpa mengira usia.

Setiap aksi dan gerak-gerinya sering membuatkan orang terhibur. Ada sahaja yang ingin ia lakukan untuk menarik perhatian tuannya.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter, @hnihmdn berkongsi video kucing manjanya yang bernama Serkam.

Dalam video dikongsikan Hani, kucing putih itu dilihat cuba meraih perhatian ibunya yang sedang bersolat.

Perlahan-lahan, Serkam memanjat si ibu yang berada di tahiyat akhir dan tidur di atas riba wanita berkenaan.

Sumber: Hani

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.