Siakap Keli

“Ya, Itu Satu Kesilapan Dan Saya Mengaku Salah,” Hishammuddin Sudah Dikompaun KKM

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan di Twitter rasmi beliau pada petang tadi telah membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tersebarnya sebuah rakaman video yang memaparkan gelagatnya yang sedang menghisap rokok eletronik (e-cigarette) di dalam Dewan Rakyat.

Menerusi muat naik terbaharu, Hishammuddin sekali lagi mengakui kesalahan tersebut dan menyatakan tidak ada sesiapa yang boleh terlepas daripada peraturan dan tindakan undang-undang.

Beliau berkata, berikutan itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan tindakan kompaun ke atas kesalahan yang dilakukan beliau dan beliau akan membayar denda yang dikenakan ke atasnya.

Sikap berani mengaku salah dan memohon maaf secara terbuka seperti ini adalah patut dicontohi tnpa mengira pangkat mahupun kedudukan.

Sumber: Twitter Hishammuddin Hussein 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.