Siakap Keli

10 Kes Positif Baharu Di Perlis Hari Ini Terdiri Daripada Satu Keluarga

Seramai sepuluh (10) orang terdiri daripada satu keluarga di Perlis dijangkiti Kluster PUI Sivagangga, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebentar tadi.

Hasil siasatan mendapati bahawa salah seorang daripada ahli keluarga tersebut (kes ke-9054, kes generasi kedua) adalah merupakan pelanggan tetap gerai milik kes ke-8976 iaitu kes generasi pertama kluster ini.

Ia kemudiannya menjangkiti ahli keluarga kes ke-9054 sekaligus menjadikan sepuluh (10) ahli keluarga kepada kes ke-9054 sebagai generasi ketiga klsuter ini.

Kesemua sepuluh (10) kes baharu yang dilaporkan ini tidak menunjukkan sebarang gejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Perlis bagi menerima rawatan.

Sehingga kini, Perlis mencatat sebelas (11) kes positif baharu termasuk satu (1) kes yang dilaporkan pada 4 ogos 2020 iaitu kes ke-9002 yang juga datangnya dari ahli keluarga yang sama.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.