SITIAWAN – Satu cubaan bunuh diri oleh seorang wanita di sebuah hotel di Taman Acheh Jaya di sini berjaya digagalkan pihak bomba.
Bomba Perak menerusi satu kenyataan berkata, operasi yang diketuai PKPgB Mohd. Zaki Zainol itu dijalankan sejurus menerima panggilan pada 9.49 pagi tadi.
“Kejadian melibatkan seorang wanita dewasa berumur 33 tahun berada di tingkat tiga, (iaitu) cubaan untuk membunuh diri.
“(Bagaimanapun) anggota berjaya memujuk mangsa dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan tersebut, hari ini.
Operasi tindakan menyelamat tamat pada 10.30 pagi dan punca kejadian masih belum dikenal pasti, setakat ini.
Laporan berita rasmi menyusul.
Sumber: Bomba Perak