Siakap Keli

Kanak-Kanak 2 Tahun Terpaksa Tahan Sakit, Jari Tersepit Kaki Meja Berjaya Diselamatkan Bomba

Satu kejadian melibatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa ‘tersepit’ dilapor berlaku di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Memetik kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, seorang kanak-kanak berusia dua tahun melalui detik getir apabila jarinya tersepit di besi kaki meja.

Sehubungan itu, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.40 tengah hari, hari itu.

Berdasarkan laporan, jari kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan operasi tindakan menyelamat selesai pada pukul 1.10 petang.

Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang
Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang
Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang
Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang

Jari kanak-kanak tersepit di kaki meja

6 Ogos 2020 – Anggota BBP Sungai Bakap dipanggil bagi membantu pihak Hospital Sungai Bakap mengeluarkan jari kanak-kanak 2 tahun yang tersepit di kaki meja kira-kira jam 12.40 tengahari tadi.

Anggota BBP Sungai Bakap berjaya mengeluarkan jari kanak-kanak tersebut dengan menggunakan peralatan khas.

Operasi tamat jam 1.10 petang.

Kredit : PB Syahidan Sahid

#BombaPenang
#BBPSungaiBakap
#CepatdanMesra
#SediaMenyelamat

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.