Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Kematian Akibat COVID-19 Di AS Meningkat Melebihi 160,000

MOSCOW, 7 Ogos (Bernama) — Jumlah kematian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) telah melebihi 160,000 orang.

Agensi berita Sputnik, yang memetik data daripada Johns Hopkins University, melaporkan bahawa jumlah kematian yang tepat adalah 160,090 pada 02:00 GMT, Jumaat.

AS mengesahkan 4,881,974 kes COVID-19, dengan 1,598,624 orang telah pulih.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. AS kekal sebagai negara yang paling teruk dilanda pandemik itu, iaitu dari segi jumlah kes dan jumlah kematian.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right