Akhir-akhir ini, kes penceraian melibatkan perkahwinan kedua secara ‘sorok-sorok’ semakin menjadi-jadi, apatah lagi ia dilaksanakan jauh dari pengetahuan isteri.
Dalam pada itu, secara umumnya rakyat Malaysia sudah pun faham bahawa salah satu cara mahu bernikah dengan cepat tanpa melalui prosedur yang ‘melecehkan’ adalah bernikah di Thailand.
Orang kita sebut, “Nikah kat Siam jer,”.
Mungkin ia adalah jalan pintas, namun ramai yang tidak tahu bahawa bernikah di sana sebenarnya boleh membawa kemudaratan jika tidak diurus dengan betul.
Ikuti perkongsian oleh individu yang pernah bertugas di mahkamah syariah, Faisal Rahim di Twitter seperti di bawah ini.
Sekali lagi diulangi,
“Kalau lelaki itu berani daftar kahwin, barulah dibuktikan lelaki itu benar-benar ikhlas,”
Sangat menusuk kata-kata Faisal ini. Memang benar, kan? Kalau betul ikhlas dan cintakan wanita itu, kena beranilah ikut prosedur yang sepatutnya. Barulah orang kata ‘gentlemen’.
Sementara itu, ada juga warganet lain yang turut berkongsi pengalaman mereka yang mempunyai ahli keluarga bernikah di Thailand.
Sumber: Faisal Rahim