Siakap Keli

Mitsui Outlet Park Buat ‘Hal’ Lagi, Sale Sehingga 80%, Siap Boleh Dapat Baucer RM500

Kalau sebut tentang shopping, sudah pastinya dapat menarik perhatian kebanyakan rakyat di Malaysia. Ada yang berbelanja untuk keperluan sendiri malah ada yang menjadikan aktiviti membeli belah sebagai self-reward setelah mengecapi sesuatu kejayaan.

Bukan itu saja, kalau ada sale lagilah boleh buat ramai orang berpusu-pusu ke ‘arena’ membeli-belah berdekatan mereka. Sebut pasal sale, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang menganjurkan 5th Anniversary Deals dengan diskaun sehingga 80% bermula 24 Julai sehingga 31 Ogos 2020.

Siapa ja yang tak suka dengan tawaran harga murah kan ? Penawaran yang diberikan oleh Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ini sememangnya berbaloi terutamanya bagi korang yang dah lama nak membeli barangan berkualiti namun kali ini dengan harga yang murah.

Istimewanya hujung minggu ini iaitu 7 sehingga 9 Ogos, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang menganjurkan 8.8 Anniversary Deals dengan pelbagai potongan harga yang gila-gila boleh dinikmati oleh para pelanggan.

Dapat juga menjimatkan perbelanjaan membeli belah kerana terdapat banyak tawaran lain yang diberikan oleh kedai-kedai di sana. Selain daripada penawaran harga-harga murah di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, terdapat juga pelbagai ganjaran yang boleh ditebus oleh para pelanggan.

Antaranya ialah anda berpeluang untuk mendapatkan baucer membeli belah bernilai RM500 dengan menyertai Pick & Win. Hanya berbelanja RM300 di dalam 2 resit dan anda berpeluang memperolehi baucer bernilai RM500 untuk 50 orang pemenang.

Caranya mudah sahaja iaitu berbelanja sehingga RM300 dalam dua resit pembelian pada hari yang sama, kemudian serahkan resit tersebut dan dibenarkan untuk ambil satu daripada sampul untuk mendapatkan ganjaran. Bertempat di Sunshine Square, pelanggan bertuah boleh menyertai Pick & Win bagi meraih baucer pembelian bernilai RM500 anda.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati cas parking percuma selama dua jam sekiranya anda berbelanja minimum RM50 ke atas dari mana-mana F&B outlet dalam satu resit. Jadi, tak perlu la beratur panjang lagi di mesin pembayaran untuk membayar cas parking anda.

Lebih menarik lagi, sekiranya anda lahir pada tarikh 31 Ogos, ini berita baik untuk anda kerana boleh menikmati baucer membeli belah sebanyak RM50. Mudah saja, hanya tunjukkan kad pengenalan anda untuk memastikan tarikh lahir anda dan menikmati ganjaran tersebut.

Pelanggan juga berpeluang untuk mendapatkan bunga matahari yang cantik apabila membeli belah di MOP KLIA. Dengan syarat perlu berbelanja RM300 dalam maksimum 2 resit, 50 pelanggan bertuah pada setiap hari akan dapat menebus kuntuman bunga matahari tersebut di Information Counter, Sunshine Square hanya pada 7 hingga 9 Ogos ini. Sempena ulang tahun kelima MOP KLIA ini, raikannya bersama kuntuman bunga matahari yang cantik bakal jadi milik anda.

Selain daripada ganjaran-ganjaran yang ditawarkan oleh MOP KLIA, terdapat pelbagai lagi potongan harga yang boleh anda nikmati apabila berkunjung di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Antaranya ialah tawaran potongan harga seperti berikut:

Bukan itu sahaja, butik-butik berjenama kegemaran anda yang baru dibuka seperti Vans, Ralph Laurent Children, Herschel, dan United Colors of Benetton turut menawarkan harga murah yang ‘kaw kaw’ untuk anda.

Tak usah fikir banyak lagi, peluang sebegini bukannya selalu datang kan? Jangan lupa pulak ajak keluarga dan kawan-kawan pergi serbu Mitsui Outlet Park nanti. Kalau terlepas, menyesal nanti. Baik siap sedia awal dan rancang apa yang anda ingin beli.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web dan Facebook Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa