Siakap Keli

Surau Al-Jannah Seksyen 23 Selangor Diarah Tutup Sementara, Ada Jemaah Dikesan Mempunyai Kontak Rapat Individu Positif COVID-19 Ada Kaitan Kes Sivagangga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

SHAH ALAM – Surau Al-Jannah, Seksyen 23 Shah Alam diarah tutup serta-merta ekoran terdapat ahli jemaah dikesan mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19 yang mempunyai kaitan dengan kes Sivangangga.

“Arahan ini termasuklah semua operasi surau (seperti) solat fardhu Jumaat, solat fardhu lima (5) waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan yang lain.

“Hanya tiga (3) orang petugas jawatankuasa sahaja dibenarkan untuk memimpin solat fardhu di surau berkenaan,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, operasi sekolah Kelas Aliran Fardhu Ain (KAFA) Intergrasi Al-Jannah juga turut diarahkan ditutup berkuatkuasa serta-merta.

“Jawatankuasa surau hendaklah memastikan individu berkenaan menjalankan saringan COVID-19 dan melaporkan keputusan saringan kepada jabatan ini (JAIS).

“Proses sanitasi (nyahkuman) hendaklah dilakukan serta-merta di seluruh kawasan surau dan sekolah KAFA,” tambah kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, surau tersebut boleh beroperasi semula atas kebenaran yang ditetapkan JAIS akan datang.

Sumber: Media Selangor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.