Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun sebanyak 5 sen seliter mengikut kemaskini terbaharu daripada Kementerian Kewangan Malaysia bermula 8 Ogos hingga 14 Ogos 2020.
Hal ini menjadikan harga petrol RON97 sebanyak RM 1.98 seliter turun kepada RM 1.93 seliter. Manakala, harga petrol RON95 sebanyak RM 1.68 seliter turun kepada RM1.63 seliter.
Pada masa sama, harga runcit diesel turut turun sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM1.83 sen seliter kepada RM1.79 sen seliter.
“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini,” menurut kenyataan Kementerian Kewangan
Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
INFOGRAFIK: Harga Petrol Mingguan (8 – 14 Ogos 2020) pic.twitter.com/pY82KhMAPp
— BERNAMA Radio (@bernamaradio) August 7, 2020
Sumber: Bernama